KUALA LUMPUR – Ibu kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail meninggal dunia.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh anak Wan Azizah, Nurul Izzah Anwar dalam kenyataan ringkas di laman Facebook beliau.
Menurut Naib Presiden PKR itu, nenek beliau, Mariah Khamis meninggal dunia hari ini.
“Innalillahiwainnailaihirajiun. Dimaklumkan bonda mama tersayang, Datin Hajah Mariah Khamis telah kembali ke rahmatullah.
“Semoga allahyarhamah nenek ditempatkan dalam kalangan para salihin, diampunkan dosa, dipermudahkan segala urusan, diberikan sepenuh kelapangan kelak dan mendapat husnul khatimah. We love you, grandma. Al-Fatihah,” katanya.
Sementara itu Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jenazah ibu mertuanya akan disolatkan di Masjid Al Mustaqim, Ampang pagi ini.