KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. wan Azizah Wan Ismail atas pemergian ibunya hari ini.
Ismail Sabri mendoakan supaya Allahyarhamah Datin Mariah Khamis ditempatkan dalam kalangan hambanya yang beriman.
“Bagi pihak Keluarga Malaysia, saya merakamkan ucapan takziah kepada Dr. Wan Azizah dan keluarga atas pemergian bonda tercinta, Datin Mariah Khamis.
“Semoga Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” katanya.
Jenazah Maria akan disolatkan di Masjid Al Mustaqim, Ampang pada pukul 11.30 pagi ini. – MalaysiaGazette