Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Nilai ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS pagi ini disebabkan ketiadaan pemangkin pasaran baharu.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai sedikit kepada 4.7390/7405 berbanding dolar AS daripada penutupan Jumaat lalu 4.7380/7395.

Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz meramalkan dolar AS terus meningkat berbanding ringgit dengan jangkaan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat meneruskan dasar monetari yang ketat pada masa hadapan.

“Dolar AS sekali lagi memulakan minggu ini dalam mod menaik berbanding ringgit kerana jurang dalam kadar faedah menjadikannya menarik bagi pelabur untuk membeli bon kerajaan AS dan oleh itu menjual ringgit,” katanya kepada Bernama.

Masih terdapat dua mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) di AS sebelum akhir tahun dan jangkaan ialah 2022 akan berakhir dengan kadar faedah AS antara 4.25 peratus dan 4.75 peratus. Kadar semasa ialah 3.25 peratus.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding pound Britain kepada 5.3631/3648 daripada 5.2677/2694 pada penutupan Jumaat lepa dan rendah dolar Singapura kepada 3.3361/3377 daripada 3.3144/3157.

Nilai ringgit lemah berbanding yen Jepun pada 3.1810/1824 daripada 3.1384/1396 dan susut berbanding euro kepada 4.6883/6898 daripada 4.6139/6153 pada Jumaat lepas. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast