Ketua DAP Selangor, Tony Pua mengesahkan bahawa beliau tidak akan mempertahan jawatannya dalam pemilihan parti peringkat negeri pada 9 Disember akan datang.
Tony Pua

KUALA LUMPUR – Tony Pua yang tewas dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada Mac lalu mengumumkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU).

Menurut Pua, keputusannya untuk berundur telah dibuat ‘bertahun-tahun’ lalu.

“Jadi amat menyakitkan saya untuk mengumumkan secara rasmi bahawa saya tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

“Anthony Loke, Gobind Singh dan ramai pemimpin lain telah melakukan bahagian mereka untuk mencuba dan memujuk saya untuk meneruskan.

“Tetapi keputusan saya, dan saya sendiri, telah dibuat bertahun-tahun yang lalu untuk berundur daripada barisan hadapan pilihan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pua merupakan bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dan penyandang kerusi Parlimen Damansara.

Beliau menegaskan walaupun telah menarik diri daripada bertanding beliau akan terus memberi sumbangan kepada parti.

“Saya tidak akan hilang ke kaki langit dan belayar jauh ke arah matahari terbenam.

“Saya amat menyedari kekuatan saya, dan kelemahan saya, dan saya akan menggunakan kekuatan saya untuk terus membantu parti mencapai matlamat kami.

“Untuk pemilihan kali ini, saya terlibat sepenuhnya membantu jentera publisiti parti dan kempen mengumpul dana,” katanya.

Melangkah ke hadapan beliau amat berbesar hati untuk menyumbang dalam penggubalan dasar, organisasi dan pelaksanaan.

Pua percaya pengganti beliau di Parlimen Damansara iaitu Gobind Singh akan menimbulkan kegerunan kepada UMNO dan Barisan Nasional.

“Kami juga tahu bahawa Damansara adalah kerusi istimewa. Nama itu menimbulkan ketakutan di hati mereka yang korup, mereka yang berada dalam UMNO dan Barisan Nasional.

“Oleh itu, anda amat berbesar hati untuk mengetahui bahawa Ahli Parlimen Damansara seterusnya tidak kurang berani daripada Tony Pua, tidak kurang seorang yang berhati singa. Sdr Gobind Singh pastinya akan membanggakan Damansara,” katanya.

Pua antara lima pemimpin DAP yang tersingkir daripada barisan CEC pada penggal ini selain Chong Eng, Ngeh Koo Ham, Zairil Khir Johari dan V Sivakumar.

Mantan Ketua Publisiti Kebangsaan DAP itu tidak mahu dicalonkan dalam barisan tambahan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC), selepas gagal mendapat tempat dalam pimpinan utama tersebut.

Pua mengakui terkejut kerana gagal mendapat tempat dalam barisan CEC, dan tidak menjangka terlepas kedudukan dalam jawatankuasa tersebut.-MalaysiaGazette-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast