Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr. Radzi Jidin sebagai Calon Perikatan Nasional yang akan bertanding di Parlimen Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke -15 pada Majlis Jelajah Prihatin @ Putrajaya di Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 26 OKTOBER 2022.

PUTRAJAYA – Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Radzi Jidin diangkat sebagai calon Perikatan Nasional (PN) di Putrajaya.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Radzi diumumkan bagi merampas kerusi itu daripada penyandangnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Sahih diumumkan oleh saya sebagai Pengerusi PN dimana Radzi Jidin calon kita,” katanya dalam dalam Majlis Jelajah Prihatin @ Putrajaya di Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya, malam tadi.

Hadir sama adalah Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Dalam pada itu, Muhyiddin sempat menyampaikan nasihat kepada ‘sahabat’ beliau agar untuk tidak meneruskan kemahuan beliau untuk mempertahankan kerusi itu.

“Saya nak nasihat Ku Nan (Tengku Adnan Tengku Mansor), cukuplah.

“Dan perubahan akan berlaku di bawah Radzi Jidin,” katanya lagi.

Dalam majlis sama, Muhyiddin berkata PN akan mengumumkan manifestonya dalam masa terdekat.

Oleh yang demikan, PN melantik Radzi Jidin sebagai pengerusi manifesto gabungan tersebut.

“Kita akan siapkan manifesto,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast