Tuan Tuan sedang diberi makan di Zoo Taipei. foto Zoo Taipei

TAIPEI – Taiwan telah meminta pakar veterinar China untuk membantu merawat seekor panda jantan yang sedang sakit di Zoo Taipei.

Panda gergasi yang dipanggil Tuan Tuan telah dihadiahkan kepada Taiwan oleh Beijing pada 2008 bersama Yuan Yuan.

Tetapi beruang berusia 18 tahun itu semakin genting dan penjaga zoo di Taiwan mengesyaki ia menghidap tumor otak.

Ia kini ditempatkan di pusat penjagaan paliatif.

Taiwan telah meminta doktor haiwan dari China untuk membantu menilai tahap kesihatan Tuan Tuan.

“Kami sangat berharap kedatangan pakar veterinar China untuk melihat dan memeriksa Tuan Tuan,” kata jurucakap Zoo Taipei, Eve Wang.

Setakat ini belum dipastikan bila doktor haiwan akan tiba, tetapi pegawai Taiwan berkata, mereka sedang memproses permohonan visa. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast