Anglo-Amerika
Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR – Isu pertindihan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jong di Perak antara Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP akan dibawa ke pengetahuan Pengerusi Pakatan Harapan (PH).

Menurut Presiden Amanah, Mohamad Sabu, pihaknya akan menghantar Pengarah Pilihan Rayanya, Datuk Asmuni Awi untuk berbincang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“DUN Changkat Jong kita serah kepada Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuat rundingan akhir dengan Ketua Amanah Negeri, Datuk Asmuni Awi.

“Mereka berdua akan berbincang,” katanya dalam sidang media pengumuman calon Amanah bagi bertanding Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), di sini, hari ini.

Dua hari lalu, Amanah mengumumkan Muhaimin Sulam untuk bertanding di kerusi DUN tersebut namun pada sebelah petang, DAP turut mengumumkan calon parti itu iaitu Badrul Hisham Badarudin.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, kerusi DUN Changkat Jong telah diselesaikan di peringkat Majlis Presiden PH.

Malah Anthony berkata, perkara ini mungkin disebabkan berlakunya salah faham.

Pada PRU14, DUN Changkat Jong dimenangi calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azhar Jamaluddin yang mengalahkan calon PH, Muhammad Faizul Mohamed Ismail yang mewakili Bersatu dengan majoriti tipis 67 undi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. PANkhianat hebat…2 orang calon tu boleh je masuk bertanding dsini….xde masalah anwarfikun 3 beranak boleh bertanding 3 Parlimen

Comments are closed.