Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Kelvin Yii (tiga kanan) dan Timbalan Ketua Pemuda PH, Adam Adli (tengah) serta yang lain melancarkan Tawaran Anak Muda Harapan sempena Pilihan Raya Umum ke-15 di Petaling Jaya, Selangor. Foto FAREEZ FADZIL, 30 OKTOBER 2022.

PETALING JAYA – Angkatan Muda Pakatan Harapan (PH) hari ini mengumumkan lima tawaran utama yang terkandung dalam manifestonya untuk pengundi muda menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) 19 November ini.

Ketua Angkatan Mudanya, Kelvin Yii Lee Wuen berkata, lima tawaran itu ialah  memansuhkan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU), kembara siswa, penyediaan rumah, Akta Perubahan Iklim dan pertumbuhan keusahawanan.

Lima tawaran utama ini hanya sebahagian daripada 25 intipati yang merangkumi pendidikan, sosioekonomi, kesihatan, keusahawanan anak muda dan alam sekitar.

Menurutnya, lima tawaran ini diumumkan terlebih dahulu sebelum manifesto penuh PH diumumkan secara rasmi pada 2 November ini,

Dalam sidang media di sini hari ini, Kelvin mengakui kesilapan PH apabila dilihat gagal menunaikan janji, contohnya AUKU tetapi sekarang inilah janji ini serius,

”PH di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil berat setiap manifesto, janji dan tawaran untuk anak muda ini.

“Kita hendak membawa nafas baharu kepada politik, bukannya retorik atau omong kosong, kami tidak leka dan tidak akan memandang ringan setiap perkara yang terkandung dalam ‘kitab suci’ yang dipersembahkan untuk rakyat pada PRU15 ini,” katanya pada Majlis Pelancaran Tawaran Anak Muda Harapan PRU15 di Seapark di sini hari ini.

Turut hadir ADUN Ketari yang juga calon Parlimen Bentong, Young Safura, Ketua Angkatan Muda Keadilan Adham Adli.

Menurutnya, lima tawaran yang dibawa oleh Angkatan Muda PH kali ini adalah peluru terkuat untuk PRU15 akan datang.

Selain lima tawaran utama, Kelvin berkata, intipati lain termasuk pelupusan hutang PTPTN bersasar, biasiswa B40 bagi mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman PTPTN, Biasiswa Perintis,(fokus peluang golongan belia menceburi bidang ekonomi), menambah peluang anak lepasan SPM,STPM cemerlang ke IPTA dan Jaminan Keselamatan Sosial.

Dalam pada itu Adham Adli berkata,manifesto kali ini akan ditunaikan sepenuhnya walaupun ada pemimpin yang telah membelakangi janji tersebut sebelum ini.

“Kegagalan PH menunaikan apa yang dijanjikan dalam manifesto (PRU14) tidak diperjelaskan tetapi kali ini tidak.. sekarang kita boleh jelaskan kepada rakyat boleh dilaksanakan dengan time line.

“Ada banyak tohmahan dan fitnah dilemparkan kononya PH beri janji palsu tetapi adakah adil kita buat satu penilaian untuk kad laporan kemajuan bagi tempoh lima tahun dilaksanakan dalam masa singkat 22 bulan sahaja,” soalnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.