KUALA LUMPUR – Kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan sebanyak 3,129 semalam berkurangan 60 kes berbanding kelmarin.
Dengan jumlah tersebut, angka kumulatif kes Covid-19 di negara ini terus meningkat kepada 4,861,699, kata KKMNOW.
Kes kematian juga bertambah dua lagi menjadikan kes keseluruhan 36,466.
Angka kes aktif pula 31, 365 meningkat berbanding 39,702 kelmarin.
Jumlah pesakit yang dikuaratin di rumah turut bertambah kepada 29,855 semalam berbanding 29,330 sehari sebelumnya.
Mereka yang dirawat di hospital juga meningkat kepada 1,444 berbanding 1,312 kelmarin.
Kes yang dirawat di unit rawatan rapi sebanyak 66 dengan 39 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette