Rina Harun

KUALA LUMPUR – Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Harun malam ini dinamakan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)  bagi kerusi P133 Parlimen Sepang.

Perkembangan terkini itu diumumkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Rina penyandang Parlimen Titiwangsa berpindah ke Sepang yang dimenangi Hanipa Maidin pada 2013 dan 2018.

Beliau bakal ditentang Ketua Wanita Amanah, Aiman Athirah Sabu manakala Barisan Nasional belum menamakan calon bagi kerusi tersebut. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast