Datuk Seri Shahidan Kassim

KUALA LUMPUR – Penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mengumumkan penutupan semua bilik gerakan Barisan Nasional (BN) kawasan itu, berkuatkuasa serta merta.

“Malam ini malam kesedihan teramat sangat. Semua bilik gerakan BN Parlimen Arau telah ditutup dan bendera telah diturunkan.

“Kali pertama dalam sejarah,” tulis Menteri Wilayah Persekutuan itu.

Status yang baharu sahaja dimuat naik oleh Datuk Seri Shahidan Kassim sebentar tadi.

Menurut sumber, bilik gerakan itu ditutup dengan rela hati oleh penyokong-penyokong kuat Shahidan yang begitu kecewa apabila beliau tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Memang sedih kalau lihat suasana di Kementerian Wilayah hari ini, ramai sudah berkampung di sini. Ada juga tunggu di Arau. Suasana suram, YB Menteri juga kelihatan suram namun beliau tidak berkata apa-apa. Pegawai-pegawai beliau semua sudah sign out petang tadi apabila dapat khabar berita itu,” kata sumber itu.

Kerusi Parlimen Arau mula dipertandingkan pada 1974 dan Shahidan merupakan penyandang kerusi tersebut pada PRU7, PRU8, PRU13 dan PRU14.

Beliau juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang pada 1995, 1999, 2004 dan 2008 selain menjawat jawatan Menteri Besar Perlis.

Sebelum ini terdapat desas-desus yang mengatakan Shahidan Kassim mungkin tidak dapat mempertahankan kerusi Parlimen itu kerana bakal digugurkan daripada menjadi calon pada PRU15 bagi memberi peluang kepada calon muda.

Bagaimanapun UMNO Bahagian Arau mendesak agar kepimpinan tertinggi parti mengekalkan Shahidan sebagai calon Parlimen Arau. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Haaaa….ni perjuangan parti…bendera Shahidan boleh lah diturunkan…bendera BN bukan Shahidan punya…

  2. Shahidan MP jumud. Tidak jujur pada perjuangan parti UMNO. Elok disingkirkan sahaja dari UMNO. Dia sangat tidak bermaruah. Pentinhkan diri sendiri dan tidak sayang bangsa Melayu. Elok tak jadi UMNO. Memalukan bangsa kerana akak sontot.

Comments are closed.