Petugas Unit Forensik melakukan kerja-kerja mengurus mayat yang kini ditempatkan dalam kontena khas selepas peti beku sedia ada telah penuh berikutan peningkat kes kematian Covid-19 di Hospital Sultanah Aminah, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 06 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Negara merekodkan sembilan kes kematian baharu akibat Covid-19 semalam termasuk satu kes berlaku di luar hospital.

Pertambahan ini menjadikan kes kumulatif kematian akibat pandemik ini meningkat kepada 36,475.

Pada masa sama, kes baharu Covid-19 merekodkan sebanyak 2,913 kes, menjadikan kes terkumpul 4,864, 605.

Daripada jumlah itu tujuh adalah kes import.

KKMNOW turut merekodkan sembilan kematian dengan satu kes berlaku di luar kemudahan hospital.

Kes aktif pula sebanyak 31,436 dengan 29,973 dikuarantin di rumah.

Manakala 1,407 kes lagi dirawat di hospital termasuk 56 di unit rawatan rapi.

Daripada jumlah itu, 34 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kes sembuh pula 2,833, Kementerian Kesihatan (KKM) memberi amaran bahawa Malaysia sedang berdepan dengan gelombang kecil Covid-19 varian Omicron XBB.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, gelombang itu dijangka menyebabkan negara merekodkan peningkatan kes dalam beberapa minggu akan datang. – MalaysiaGazette