BN Tenggara menyatakan sokongan terhadap penyandang Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Seri Adham Baba dalam sidang media solidariti bersama Datuk Seri Adham Baba di Pejabat UMNO Bahagian Tenggara hari ini.

KOTA TINGGGI – UMNO boleh silap langkah dan mencetuskan gelombang tsunami besar jika menggugurkan Datuk Seri Adham Baba dari kerusi Parlimen Tenggara.

Oleh itu, Timbalan Pengarah Barisan Nasional Tenggara, Nasaruddin Ahmad mahu Adham terus dikekalkan.

“Adham satu-satunya calon berwibawa dari BN Tenggara. Kalau mahu imbau sejarah tentang Datuk Adham, pada tahun 2018 berlaku tsunami politik yang menyaksikan hanya lapan ahli Parlimen yang menang termasuklah di Tenggara.

”Kenapa beliau boleh menang waktu itu walaupun banyak isu dimainkan Pakatan Harapan (PH) . Semua ini kerana khidmat beliau kepada rakyat. Beliau merupakan pemimpin bewibawa.

“Itulah fungsi wakil rakyat kerana wakil rakyat dipilih oleh rakyat.Wakil rakyat adalah untuk rakyat.Beliau (Adham) sentiasa ada di kawasan ketika rakyat memerlukan,” katanya dalam sidang media Soladiriti bersama Datuk Seri Dr Adham Baba di Pejabat UMNO Bahagian Tenggara.

Sidang media ini turut dihadiri oleh ketua-ketua parti komponen, 26 Ketua Pusat Daerah Mengundi ( PDM) dan 45 Ketua Cawangan UMNO Bahagian Tenggara bagi menzahirkansokongan kepada Adham.

Nasaruddin mendakwa sayap UMNO termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri juga sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada beliau untuk terus memimpin Parlimen Tenggara.

Sidang media ini diadakan selepas desas-desus menyatakan nama Adham digugurkan sebagai calon pada PRU15.

Sehubungan itu, Nasaruddin mengharapkan pucuk pimpinan BN memandang serius dan meletakkan calon tepat di kawasan berkenaan.

“Kami tahu ramai calon yang menawarkan diri untuk dijadikan calon. Tetapi bagi kami BN Tenggara hanya satu calon yang akan kami sokong iaitu Adham Baba.

“Jadi kami harap pimpinan pusat dengarlah suara akar umbi jika tidak mahu kesan buruk kepada BN,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.