Richie.

GEORGE TOWN – Anak lelaki kepada Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) diumumkan mengantikan calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Bukit Bendera pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Richie Huan Xin Yun, 33, dipilih menggantikan Razalif Mohd Zain yang diumumkan semalam akan bertanding mewakili BN di kerusi tersebut.

Presiden PCM, Datuk Huan Cheng Guan mengesahkan anak sulungnya itu dipertaruhkan untuk kerusi Parlimen Bukit Bendera.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan punca pertukaran calon terbabit.

“Kita laksanakan tapisan-tapisan bagi calon sesuai sebelum membuat keputusan anak jati Pulau Pinang mewakili BN di kerusi itu.

“Kita juga lakukan perbincangan dengan Barisan Nasional berhubung isu sama dan mereka setuju dengan penggantian calon baru ini,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Semalam, BN mengumumkan Razalif  dari parti PCM akan bertanding mewakili parti itu di kerusi Parlimen Bukit Bendera. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast