zambry Naib Presiden
Zambry Abdul Kadir

KUALA LUMPUR – Teki teki mengenai calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Tanjong Karang terjawab apabila parti itu menamakan Habibah Mohd Yusof sebagai calon.

Pengumuman itu dibuat Setiausaha Agung BN, Datuk Seri  dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

“Daripada tujuh kawasan ini, dua kawasan iaitu Tumpat dan Kuala Nerus menyaksikan, Barisan Nasional menampilkan dua calon secara direct candidate atas sifat keterbukaan dan perpaduan.

“Dengan pengumuman ini, ia menjadikan jumlah kerusi yang akan ditandingi oleh Barisan Nasional bagi kawasan Parlimen adalah sebanyak 178,” kata Zambry.

Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali

Selain calon muka baru di Tanjong Karang, BN turut menamakan bekas pemimpin Pas, Datuk Seri Khairuddin Aman Razali untuk kerusi Parlimen Kuala Nerus.

Khairuddin akan mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Nerus menggunakan tiket BN.

Che Abdullah Mat Nawi

Selain Khairuddin, BN turut mengambil seorang lagi pemimpin Pas iaitu Datuk Che Abdullah Mat Nawi untuk kerusi Parlimen Tumpat.

Untuk rekod, Che Abdullah tidak dicalonkan oleh Pas kerana gagal mendapat kelulusan daripada Majlis Syura Ulama parti itu.

Pada PRU15, Che Abdullah yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Tumpat digantikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demit, Datuk Mumtaz Md Nawi.

Pada PRU14, Che Abdullah menang dengan majoriti 17,500 sekali gus menewaskan calon BN dan PKR.

Beliau memperoleh 47,041 undi, BN (29,541) dan PKR (10,003). – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Yg lain tu tak kisah…cuma rakyat dan akar umbi BN tertanya2 kenapa DS Noh Omar digugurkan? Apakah dia ni sekapal dan ada masalah disiplin mcm Shahidan? DS Noh Omar ialah Pengerusi BN/UMNO negeri. Dlm PRU beliau ialah panglima perang pada peringkat negeri..Jd siapa yg akan ketuai BN Selangor skrg utk berperang? Tak masuk akal panglima tak pergi berperang…samalah kalau Presiden sendiri tak masuk PRU…BN/UMNO kena jelaskan sebab apa? Jgn bagi alasan sebab kuota perempuan. Calon mestilahsebab wibawa dan blh menang. Bukan sebab kuota atau gender. Apa guna kuota kalau kalah?

Comments are closed.