Sekitar suasana simulasi bagi petugas-petugas Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) bagi persiapan Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Umum Ke - 15 di Mini Stadium Bistari, Ayer Keroh, Melaka esok.

MELAKA – Sebanyak 100 borang penamaan calon bagi enam kerusi Parlimen di Melaka sudah dijual sehingga semalam menjelang hari penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) esok.

Menurut sumber, daripada jumlah itu, 91 dijual untuk 12 parti bertanding di semua enam kawasan Parlimen manakala sembilan dibeli calon bebas.

“Kita menjangkakan, jumlah pembelian borang akan meningkat sebanyak 50 borang lagi hari ini sehingga penjualan borang ditutup pada jam 10 malam ini.

“Sejak borang dijual 20 Oktober lalu, angka pembelian terus meningkat walaupun PRU15 di Melaka hanya menyaksikan pertandingan enam kerusi Parlimen,”katanya kepada MalaysiaGazette di sini hari ini.

Melaka mempunyai enam kerusi Parlimen iaitu Jasin, Masjid Tanah, Hang Tuah Jaya, Kota Melaka, Tangga Batu dan Alor Gajah.

Setakat ini, 12 parti sudah mengesahkan bertanding di semua enam Parlimen berkenaan di bawah gagasan Barisan Nasional (BN) Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) Gerakan Tanah Air (GTA).

Melaka selesai mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) di 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 20 November tahun lalu. – Malaysia Gazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast