Kit ujian air liur untuk saringan Covid-19 yang telah berada di pasaran ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di rumahnya, Wangsa Maju Seksyen 2, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 23 JULAI 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 4,619 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan setakat tengah malam tadi termasuk dua kes import.

Pertambahan itu menjadikan kes jangkitan terkumpul di negara ini sebanyak 4,885,153.

Satu kes kematian dilaporkan dalam tempoh sama, menjadikan kes kumulatif sebanyak 36,482.

KKMNOW melaporkan sebanyak 35,582 kes terkumpul semalam dengan 34,907 dikuarantin di rumah.

Jumlah kes yang dirujuk di hospital pula sebanyak 1,605 dengan 70 di unit rawatan rapi termasuk 50 memerlukan bantuan pernafasan.

Kes sembuh pula 3,577, menurut data KKMNOW. – Malaysia