KUALA LUMPUR – Individu yang gagal menghantar borang pencalonan bagi kerusi Parlimen Titiwangsa membuat laporan polis semalam selepas lewat memasuki Pusat Penamaan Calon (PPC) di SMK Aminuddin Baki, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supritendan Ashari Abu Samah berkata, lelaki itu membuat laporan polis itu dibuat hari ini, mendakwa kelewatan sampai ke PPC berpunca daripada kesesakan jalan raya kerana banyak jalan ditutup.
Katanya, siasatan telah dibuka bagi menyiasat kesahihan dakwaan individu berkenaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan (membuat, menerbitkan atau mengedarkan apa-apa kenyataan yang boleh menimbulkan ketakutan atau kegentaran kepada awam) yang memperuntukan hukuman penjara yang boleh sampai dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
Pihak polis masih lagi dalam siasatan untuk menentukan kesahihan dakwaan individu berkenaan. – MalaysiaGazette
Pesara terlepas peluang jadi calon bebas di Parlimen Titiwangsa