Penyandang kerusi Parlimen Batu, P. Prabakaran . Foto AMIRUL SHAUFIQ, 24 APRIL 2022.

KUALA LUMPUR – Penyandang kerusi Parlimen Batu, P. Prabakaran mendesak calon bebas, Tian Chua menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Prabakaran khuatir kehadiran rbekas Naib Presiden PKR itu boleh mendatangkan risiko kepada Pakatan Harapan (PH) kehilangan kerusi tersebut, khususnya Barisan Nasional (BN).

“Tindakan Tian Chua juga mendatangkan risiko undi di kawasan Parlimen ini akan berpecah teruk apabila kerusi itu pada kali ini menyaksikan senarai 10 calon yang bertembung pertama kali dalam sejarah PRU15.

“Saya sangat kecewa terpaksa melihat perkara ini (Tian Chua) yang banyak membantu saya semasa bertanding sebagai calon PKR empat tahun lalu pada PRU14,” katanya pada sidang media di Boulevard Sentul Raya, di sini, hari ini.

Pada PRU14, Tian Chua yang hilang kelayakan bertanding kerana kes mahkamah menyatakan sokongan kepada Prabakaran.

Parlimen Batu menyaksikan pertembungan 10 penjuru yang mana Prabakaran dan Tian Chua ditentang calon Barisan Nasional (BN), Datuk A Kohillan Pillay (PH), Wan Azliana Wan Adnan (GTA); P Naganathan (Parti Warisan) dan Azhar Yahya (PN).

Peguam Siti Zabedah Kasim dan Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin atau lebih dikenali sebagai Cleopatra serta dua individu lain bertanding sebagai calon Bebas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast