Foto Facebook Fahmi Fadzil.

KUALA LUMPUR – Manifesto Barisan Nasional (BN) adalah peluang terbaik parti gabungan itu untuk mematikan isu jawatan Perdana Menteri dan menghapuskan persepsi yang kononnya Presiden UMNO akan memegang jawatan itu sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Malangnya kata calon Pakatan Harapan Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, janji itu tidak dimasukkan dalam manifesto BN yang diumumkan semalam.

Malah menurut beliau yang juga Ketua Penerangan PKR, kelibat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri tidak kelihatan ketika Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahir mengumumkan manifesto itu secara maya semalam.

“Saya sebenarnya agak terkejut kerana Presiden UMNO yang umumkan (manifesto) dan poster boy BN langsung tidak kelihatan, dan ini beri isyarat politik yang berterusan bahawa siapa yang ajdi calon Perdana Menteri dari BN tidak jelas dan  patut letak dalam manifesto dimana menamakan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri dan malangnya tidak ada maklum malas.

“Sebenar manifesto BN adalah peluang terbaik untuk mematikan isu ini tetapi ia tidak berlaku, jadi saya anggap isu jawatan PM akan berterusan dan persepsi terus berlaku,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Foto Facebook Fahmi Fadzil.

Semalam, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN mengumumkan manifesto parti itu yang dikenali Perancangan Amal dan Usaha Barisan Nasional (PADU) bagi berdepan PRU15.

Beliau berkata,  PADU ialah tawaran baharu yang segar daripada BN kepada rakyat Malaysia yang terdapat 99 Amal dan Usaha BN yang akan menjadi panduan parti itu dalam mengemudi tanah air  menjadi negara berkemajuan.

“PADU bukan janji-janji manis dan indah. PADU bukan tentang segala-galanya percuma. PADU bukan tentang pemansuhan dan pengurangan tanggungjawab dalam serba serbi,” katanya.

Mengulas lanjut, Fahmi yang akan bertanding dalam PRU15 untuk mengekalkan kerusi Parlimen Lembah Pantai buat penggal kedua juga hairan kerana tawaran tiga tawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak dimasukkan dalam manifesto BN.

Tegas beliau, ini menunjuk BN tidak menunjukkan komitmen tinggi untuk menunaikan janji yang dibuat Ahmad Zahid sebelum ini.

“Ada beberapa perkara tidak terkandung dalam manisfeto BN dan beri persepsi di mana contohnya janji tiga calon Timbalan Perdana Menteri tidak masukkan dengan jelas.

“Kita anggap itu bukan satu komitmen bukan 100 peratus dan hanya disebut oleh Presiden UMNO di Sabah kalau tidak silap saya

“Perkara itu sangat penting walaupun lantikan boleh dibuat kemudian dan BN tidak beri komitmen penuh,” katanya.

Pada PRU14, kerusi Lembah Pantai dimenangi Fahmi dengan majoriti 5,598 undi menewaskan calon BN, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan calon Bersatu, Fauzi Abu Bakar

Fahmi mendapat 33,313 undi berbanding Raja Nong Chik (27,715 undi) dan Fauzi (5,277 undi). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Lagi pelik calon PKR suka kacau manifesto parti lain.. manifesto parti sendiri tak diulaskan pulak..

  2. Manifesto minyak rm1.50 seliter masih ade ke? Saje nak tanya.. Kalu ade 19hb nak pangkah ni

Comments are closed.