JOHOR BAHRU – Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai masalah cara Rafizi Ramli berkempen dengan melakukan pendedahan dakwaan pemberian projek tebatan banjir bernilai RM2 bilion secara runding terus.
Presiden Parti Keadilan Rakyat itu berkata, pihak-pihak tertentu yang dikaitkan dengan projek tersebut tidak perlu gelabah sekiranya dakwaan tersebut tidak benar.
“Dia, Rafizi buat penelitian, dia berhujah. Kalau tak benar jawablah.
“Ya dulu masa saya bawa pasal 1MDB tidak benar, masa lembu (National Feedlot Corporation) yang masa Shahrizat (Abdul Jalil) pun tak benar. Tapi sekarang terbukti,” katanya selepas menghadiri program Santai Petang Bersama Anwar Ibrahim di Bandar Baru Uda, di sini, hari ini.
Timbalan Presiden PKR itu dalam satu sidang medianya baru-baru ini menggesa Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memberi penjelasan berhubung status kelulusan projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat 2 bernilai RM2 bilion.
Dakwanya, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dalam proses untuk menganugerahkan projek secara rundingan terus itu kepada kontraktor dilantik dan tindakan itu sama sekali melanggar undang-undang kerana tiada sebarang keputusan, aku janji atau anugerah boleh dibuat dalam tempoh kerajaan sementara.
Menjawab dakwaan Rafizi itu, Tuan Ibrahim menegaskan tiada pihak yang berjumpa dan meminta kelulusan dengan projek bernilai tinggi itu.
“Dia kata ada pihak-pihak tertentu minta menteri KASA lulus RM2 bilion dalam tempoh kerajaan peralihan. Eh kamu ingat aku tak reti peraturan ke?
INGAT MUNAFIK…MAKA INGAT PADA PKR ANWAR DAN RAFIZI SEKUTUNYA PANkhianat
BN TERSUNGKUR PADA PRU 14 kerana RAMAI MENELAN BULAT2 KEMUNAFIKAN MEREKA
DAPIG LANCARKAN TABUNG HARAM PAN untuk menampung hutang2 lapuk dan bangkrap negara yang didakwanya