ALOR GAJAH – Keputusan untuk menjemput PKR bagi membentuk kerajaan campuran selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini tidak boleh dibuat atas kuasa individu.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO berkata, keputusan sebesar itu perlu melalui diputuskan melalui parti.

“Keputusan besar seperti ini parti yang perlu buat keputusan, kita tak boleh individu nak buat keputusan.

“Nak (kerjasama) dengan PKR ke, Perikatan Nasional ke, Pakatan Harapan ke nak itu dan ini, parti yang perlu buat keputusan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program Walkabout di Pekan Durian Tunggal, Alor Gajah, Melaka jam petang ini.

Sebelum ini, media melaporkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak tolak kemungkinan bakal wujud kerjasama antara Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pasca-Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi membentuk kerajaan.

Jelas Muhyiddin, jika UMNO tidak mempunyai jumlah kerusi untuk bentuk kerajaan, kemungkinan Zahid akan jemput Anwar dan bersama parti PH termasuk DAP bagi membentuk kerajaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast