Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir pada Majlis Ramah Mesra bersama warga Parlimen Ayer Hitam sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Dewan Balora Suria, Jalan Ros, Ayer Hitam, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 09 NOVEMBER 2022.

BATU PAHAT- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yakin dan percaya Barisan Nasional (BN) mampu mengukuhkan kemenangan di negeri Johor dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November ini.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO menyifatkan BN memiliki peluang cerah di negeri ini berdasarkan sentimen yang cukup padu.

“Menerusi laporan-laporan awal, BN akan menang sebahagian besar daripada kerusi Parlimen yang dipertandingkan,” katanya selepas Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama Warga Parlimen Ayer Hitam, di Kompleks Balai Orang Ramai Taman Suria Ros, Ayer Hitam, petang tadi.

Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohamad, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan penyandang kerusi Parlimen Ayer Hitam turut hadir di majlis itu.

Ismail Sabri menambah, Johor memiliki kelebihan sebagai kubu kuat BN kerana kerajaan negeri sekarang berada di bawah pentadbiran BN.

Tegas beliau lagi, kemenangan 20 kerusi Parlimen di Johor sangat penting buat BN bagi membolehkan komponen itu membentuk kerajaan yang stabil selepas PRU15. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast