Calon Pakatan Harapan P.098 Gombak, Datuk Seri Amirudin Shari bercakap pada sidang media mengenai Deklarasi Gombak Bermaruah 5 Tekad Untuk 5 Tahun di Bilik Gerakan Utama PH Cabang Gombak, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 10 NOVEMBER 2022.

GOMBAK – Datuk Seri Amirudddin Shari berkata, Pakatan Harapan (PH) tidak diterajui oleh seorang ditaktor seperti yang didakwa oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ini kerana, ahli-ahli PKR dibenarkan mengundi dan jawatan presiden dan naib presiden dipertandingkan.

Oleh itu, PKR bukan kepimpinan ditaktor.

Sebaliknya, secara sinis,  Naib Presiden PKR itu mendakwa, ahli-ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang tidak serupa orang.

“Jadi saya tak tahu apa dia (Azmin) cakap. Dakwaan itu mungkin daripada orang yang tidak memahami sistem secara keseluruhan,” katanya di sini hari ini.

Lagipun, beliau percaya, sistem pemilihan PKR sudah tersusun kemas dan pemilihan  kepimpinan tertinggi dibuat berdasarkan undian seluruh ahli.

”Saya rasa tiada lagi mana-mana parti di Malaysia yang membenarkan sistem sedemikian (ditaktor),” katanya.

Dalam ceramah kempen semalam, bekas Timbalan Presiden Parti PKR itu mendakwa PH diterajui oleh seorang diktator yang mana ahli kepimpinan parti itu tidak boleh menyuarakan pendapat atau mengkritik parti mereka.

Azmin berkata demikian bagi mengulas pengguguran beberapa pemimpin PKR yang didakwa tidak sehaluan dengannya daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). – MalaysiaGazette

PKR diterajui diktator, macam mana nak pimpin negara – Azmin

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast