Kapal Tempur Pesisir (LCS1) yang masih dalam pembinaan sebanyak 60 peratus semasa lawatan media di Boustead Naval Shipyard (BNS), Lumut, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 13 OGOS 2022.

KUALA LUMPUR – Sudah masuk dua bulan sejak 3 September lalu, Rafizi Ramli masih belum menjawab mengenai isu terowong Pulau Pinang yang masih ghaib sehingga hari ini walaupun telah menyabut cabaran tersebut.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi berkata, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih sibuk memainkan isu projek pembangunan kapal tempur pesisir yang tidak laku pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

”Projek kapal LCS lewat Rafizi bising. Terowong ghaib dia senyap,” sindir Puad.

Katanya, penghantran kapal pertama itu memang lewat daripada tarikh asal pada April 2019 tetapi penangguhan itu bertambah parah kerana projek itu dibekukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan.

Meskipun begitu, projek pembinaan LCS itu tidak ghaib macam terowong. – MalaysiaGazette