Kerja-kerja dijalankan tanpa di LRT Laluan Kelana Jaya.

 

KUALA LUMPUR – Semua sistem keselamatan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) lLaluan Kelana Jaya adalah stabil mengikut data ujian yang diperoleh dengan menggunakan 38 set tren di laluan Putra Heights ke Gombak sepanjang hari ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, sistem isyarat dan komunikasi sedang diuji lagi malam ini dan dinilai untuk benar-benar memastikan bahawa LRT Laluan Kelana Jaya bersedia untuk beroperasi dengan selamat lebih awal daripada 15 November 2022 seperti yang dijangkakan.

Menurutnya beliau, pasukan teknikal Rapid Rail dengan bantuan daripada pasukan pengeluar sistem, Thales Group dari Kanada dan Singapura, telah bekerja tanpa henti untuk memulihkan sistem LRT Laluan Kelana Jaya.

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan LRT telah menggantung operasi membabitkan 16 stesen LRT dari Stesen Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park sejak 9 November lalu.

Ppunca gangguan operasi dipercayai berpunca gangguan kepada komponen elektronik sistem kawalan tren automatik atau ATC yang menyebabkan kehilangan signal di antara pusat kawalan dan juga tren.

Masalah itu menyebabkan tren tidak dapat beroperasi secara automatik di antara Stesen LRT Kelana Jaya dan Stesen LRT Ampang Park.

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan LRT berkata, langkah itu dibuat atas faktor keselamatan penumpang. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast