Menteri Besar Pahang, Datyuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (tengah) bersama calon BN Parlimen Cameron Highlands, datuk Ramli Mohd Nor menyantuni hampir 600 masyarakat orang Asli Pos Senderut, di Lipis hari ini.

LIPIS – Generasi anak muda Orang Asli dinasihatkan supaya tidak bimbang untuk keluar mengundi sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November depan walaupun baru pertama kali menunaikan tanggungjawab mereka.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kemungkinan segelintir golongan daripada mereka tidak mahu berbuat demikian kerana tidak mahir tatacara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Saya berpandangan mereka bukan takut keluar mengundi tetapi mereka bimbang sebab ini ada adalah pertama kali mereka mengudni dan taktahu cara nak mengundi.

“Ada kembimbangan, mereka tak tahu nak buat apa. Jadi saya minta batin-batin berjumpa dengan mereka (golongan muda Orang Asli) menunjuk ajar mereka cara nak membuang undi.

“Ada mereka tak tahu pangkah atau undi parti mana? Bagi saya bukan serius cuma segelintir sahaja.” katanya.

Wan Rosdy berkata demikian ketika ketika menyantuni hampir 600 masyarakat orang Asli di Pos Senderut di sini hari ini dan turut diiringi penyandang kerusi Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ramli Mohd Nor.

Kehadiran Wan Rosdy dan Ramli disambut meriah oleh masyarakat kampung Orang Asli bersama iringan konvoi pemotoran oleh golongan belia di kawasan berkenaan.

Menteri Besar juga menemui tok batin-tok batin dan bersama mereka menikmati jamuan makan.

Untuk rekod, seramai 19, 182 pemilih berdaftar dan 45 peratus daripadanya merupakan penduduk Orang Asli yang layak mengundi. – MalaysiaGazette