SHARM EL-SHEIKH —Ketua Pegawai Eksekutif projek NEOM City, Nadhmi Al-Nasr mengesahkan perkhidmatan teksi terbang akan disediakan di bandar pintar itu.
Katanya ia sejajar dengan usaha mereka untuk membangunkan sistem berasaskan penerbangan mesra alam sekitar pertama.
Nadhmi membuat kenyataan itu pada Forum Inisiatif Hijau Saudi yang diadakan di Sharm El-Sheikh.
Tegasnya, mereka sudah menggunakan 15 helikopter di NEOM yang mana ia dijangka dapat membantu rantau itu mencapai matlamatnya.
Selain itu, Nadhmi berkata, kerja-kerja penyediaan sumber air boleh guna semula untuk industri serta komersial sedang dijalankan.
Tambahnya, mereka akan mempercepat pelaksanaan infrastruktur di bandar The Line yang memuatkan 100 juta orang tinggal di lima peratus kawasan tanahnya.
Tahap kepadatan The Line adalah sama dengan populasi di New York dan London.
NEOM adalah bandar yang sedang dibina di wilayah Tabuk, di barat laut Arab Saudi.
Ia dibangunkan untuk menjadi bandar pintar dilengkapi teknologi terkini serta berfungsi sebagai destinasi pelancongan.- Agensi