Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kes jangkitan Covid-19 di negara ini bertambah 2,234 kepada 4,910,412 setakat lewat malam tadi.

Jumlah kematian juga meningkat kepada 36,548 dengan dua lagi kes kematian.

Data KKMNOW menunjukkan sebanyak 29.605 kes aktif dengan 27,666 menjalani kuarantin di rumah.

Pesakit yang dimasukkan ke hospital pula sebanyak 1,848 dengan 91 kes di unit rawatan rapi termasuk 57 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh pula sebanyak 3,836. – MalaysiaGazette