media sosial Mustapha Yaakub veteran najib
Mustapha Yaakub

KUALA LUMPUR – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin dinasihatkan supaya berhenti menggunakan pentas kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) untuk memburukkan parti sendiri serta berkempen untuk dirinya menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, tindakan Khairy itu amat tidak wajar dan tidak kena pada tempatnya.

Menurut beliau, Khairy sepatutnya fokus kepada kempen PRU-15 bagi mendapat kemenangan setelah parti dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi peluang kepadanya bertanding di kerusi Parlimen Sungai Buloh.

“Amat malang apabila ucapannya telah dijadikan modal oleh pembangkang untuk memfitnahkan UMNO di saat PRU ini apabila Khairy mengatakan sekiranya dia menjadi Presiden parti maka dia akan membersihkan UMNO.

“Bersihkah dia? Kotorkah Ahmad Zahid dan pucuk pimpinan yang ada sekarang?” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Baru-baru ini, Khairy menyatakan beliau berhasrat untuk memimpin UMNO sebagai Presiden dan menjadi Perdana Menteri.

Sehubungan itu, Mustapha berkata, Veteran UMNO menasihatkan supaya Khairy bersabar dan memastikan kemenangan untuk BN di kerusi Parlimen Sungai Buloh terlebih dahulu.

“Setelah itu dia boleh berfikir untuk bertanding jawatan Presiden UMNO pada bulan Mei nanti,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Bersihkah dia? Kotorkah Ahmad Zahid dan pucuk pimpinan yang ada sekarang?….TAKUT dengan BAYANG2 SENDIRI

Comments are closed.