Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad - Gambar fail

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pemimpin paling awal memburukkan orang Melayu di negara ini.

“Anwar Ibrahim adalah orang yang mula memburukkan orang Melayu. Apabila dia dikeluarkan dari UMNO, dia cuba mahu tubuh parti orang Melayu namun ditolak.

“Oleh itu dia tubuh parti (PKR) dengan orang bukan Melayu dan tuduh orang Melayu racist. Ini cara dia mahu dapat sokongan orang Cina dan India,” katanya pada Majlis Perjumpaan Negarawan di Kampung Pandan, di sini, malam tadi.

Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) itu berkata demikian bagi mengulas punca Presiden Pakatan Harapan yang sehingga kini masih gagal menjadi Perdana Menteri.

Jelas Dr. Mahathir, ketika beliau menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali, nasib orang bukan Melayu tetap terbela, bukan seperti dakwaan Anwar.

“Apabila orang Melayu bercakap mengenai nasib orang Melayu, kita dituduh racist yang hanya penting nasib Melayu. Ini tidak benar, buktinya orang bukan Melayu pun dapat (manfaat) dari kerajaan,” ujarnya.

Sementara itu, Dr. Mahathir turut menyatakan beliau tidak pernah menyimpan dendam terhadap mana-mana pimpinan ahli politik.

Calon Parlimen Langkawi itu memberikan contoh keputusannya melantik Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Timbalan Perdana Menteri walaupun menyedari Abdullah tidak menyokongnya dalam jawatan Presiden UMNO ketika itu.

“Abdullah ini sokong Tengku Razaleigh Hamzah dalam perebutan jawatan presiden UMNO. Walaupun begitu, saya masih beri peluang kepada Abdullah untuk kekal berkhidmat sebagai timbalan saya,” ulasnya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. gampang betul madir ni, dia yang buruk2kan melayu kemudian dituduhnya orang lain punya mulut. dasar kaki putar belit

  2. Kaum pendatang ekonomi expats timah dan getah yang menguntungkan ekonomi penjajah British tiada hak warganegara tempatan tetapi ada hak asasi warganegara daripada negara-negara asal masing-masing Tanah Besar China dan India okay. Majority pendatang ekonomi expats berbilang kaum dan budaya amat menyukai negara-negara kecil bekas jajahan British macam Qatar, UAE, dan Kuwait walaupun tinggal lama sehingga ke cucu-cicit tetap ada hak asasi warganegara daripada negara-negara asal mereka masing-masing tanpa hak warganegara tempatan bayar cukai yang memperkayakan pribumi Pak Arab tersebut.

Comments are closed.