Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Majikan di semenanjung dan Labuan perlu mematuhi pengisytiharkan 18 dan 19 November ini sebagai hari kelepasan am.

Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr. Syed Hussain Syed Husman berkata, mana-mana cuti umum yang diisytiharkan mengikut Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 perlu dipatuhi sebagai cuti bergaji mengikut peruntukan Seksyen 60D(1)(b) Akta Kerja 1955.

Sehubungan itu, setiap pekerja berhak mendapat cuti bergaji pada kadar biasa dibayar pada hari-hari berikutnya dalam mana-mana satu tahun kalendar.

“Tidak ada keperluan untuk majikan mendapatkan persetujuan pekerja bagi tujuan penggantian.

“Seksyen 60D(1A) yang menyatakan, majikan boleh memberikan pekerja itu pada hari lain sebagai hari kelepasan berbayar sebagai menggantikan mana-mana cuti umum yang dirujuk subseksyen (1)(b),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau, di Sabah dan Sarawak, status cuti umum dua hari itu bergantung kepada kerajaan negeri masing-masing.

Ia diperuntukkan di bawah seksyen 103(1(b) daripada Ordinan Buruh Sabah dan Seksyen 104(1)(b) Sarawak. Ordinan Buruh, yang mempunyai peruntukan yang serupa seperti Seksyen 60D(1)(b).

Jelas beliau,, sekiranya cuti umum itu jatuh pada hari rehat atau mana-mana hari kelepasan am yang disebut dalam perenggan (a) dan (b), maka ia hendaklah menjadi hari kelepasan berbayar.

“Oleh itu jika Jumaat (18 November) atau Sabtu (19 November) adalah hari rehat atau hari kelepasan am di mana-mana negeri di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan, hari bekerja selepas serta-merta hari rehat atau hari kelepasan am lain hendaklah menjadi hari kelepasan bergaji,” katanya lagi.

Syed Hussain menambah, majikan boleh menggantikan setiap hari kelepasan itu dengan mana-mana hari lain mengikut Seksyen 60D(1A).

Seksyen 60D(1)(a) menyebut; pada 11 hari kelepasan yang diwartakan dengan lima daripadanya adalah Hari Kebangsaan, Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Hari Keputeraan Sultan atau Yang di-pertua Negeri (pekerja sepenuhnya atau sebahagian besarnya bekerja di bawahnya kontrak perkhidmatan), Hari Wilayah Persekutuan (jika pekerja sepenuhnya atau terutamanya bekerja di Wilayah Persekutuan), Hari Pekerja dan Hari Malaysia.

Bagi Seksyen 60D(1)(b); pada mana-mana hari yang ditetapkan sebagai hari kelepasan am untuk tahun tertentu di bawah Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369].

Semalam, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengisytiharkan 18 dan 19 November sebagai hari kelepasan am bagi membolehkan pengundi pulang ke destinasi masing-masing untuk mengundi.- MalaysiaGazette

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast