Dr. Radzi Jidin

PUTRAJAYA – Perikatan Nasional (PN) akan mengambil pendekatan berbeza bagi mengatasi cuaca tidak menentu yang dijangka berlaku pada hari pengundian Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15), Sabtu ini.

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, jentera gabungan itu akan menyediakan pengangkutannya sendiri bagi membawa pengundi-pengundi ke pusat mengundi sekiranya hujan lebat berlaku pada hari pengundian.

“Pengangkutan kita sediakan oleh jentera untuk pastikan seramai mungkin pengundi keluar.

“Trend hujan sebelah petang, kita mohon pengundi keluar sebelah pagi, kita ingin lihat PRU kali ini peratusan keluar mengundi,” katanya kepada media ketika membuat tinjauan undi awal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, hari ini.

Dalam pada itu, sebagai calon PN bagi Parlimen Putrajaya, Radzi turut merayu pengundi Putrajaya agar menunaikan tanggungjawab mereka terlebih dahulu sebelum pulang ke kampung masing-masing.

Ini bagi memudahkan perjalanan mereka sekiranya ingin mengambil peluang cuti pelepasan am yang diberikan pada Jumaat dan Sabtu ini.

“Saya mohon pengundi khususnya Putrajaya kalau kata nak balik kampung untuk pasangan pengundi di kampung, undi dulu bagi penduduk Putrajaya,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast