TOKYO – Kes Covid-19 harian Jepun pada Selasa melepasi 100,000 buat kali pertama dalam tempoh dua bulan, lapor media tempatan.

Ini berlaku selepas kerajaan membatalkan kawalan sempadan dan memperkenalkan program subsidi perjalanan domestik dalam usaha untuk merangsang semula industri pelanconga, lapor Kyodo News.

Ketika negara bersiap sedia untuk gelombang kelapan jangkitan, angka yang dicatatkan pada hari Selasa adalah yang tertinggi sejak 14 September iaitu 100,260 kes.

Tokyo melaporkan 11,196 kes, melepasi ambang 10,000 buat kali pertama dalam dua bulan, manakala Hokkaido, pulau utama paling utara dan destinasi pelancongan popular, melaporkan rekod 10,906 kes.

Kerajaan Jepun pada Oktober telah menarik balik sekatan ke atas penumpang individu, perjalanan spontan dan had kemasukan harian.

Ia juga melancarkan program Diskaun Perjalanan Nasional, yang memberikan subsidi sehingga 11,000 yen (kira-kira AS$79) seorang untuk maksimum tujuh malam. – Xinhua