papan tumbang
Papan iklan kempen calon PN bagi kerusi Parlimen Rembau yang tumbang di pekan Rantau. (Gambar: Facebook Nazree Yunus)

REMBAU – Beberapa papan iklan kempen calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Parlimen Rembau, Nazree Yunus yang baru dipasang malam tadi didapati tumbang.

Kejadian tersebut yang mula disedari pagi tadi berlaku di Taman Tuanku Ja’afar, Taman Tasek dan Rantau di Seremban.

Nazree berkata, beliau dimaklumkan oleh jentera parti tentang kejadian yang dipercayai mempunyai unsur khianat kerana terdapat kesan tapak kaki di lokasi.

“Saya menyeru teman – teman semua untuk kekal tenang dan bersabar kerana ruang politik ini merupakan medan dakwah buat kita semua untuk sama-sama kita berlumba berbuat kebajikan.

“Saya harap suasana kempen yang tenang dan matang dapat dikekalkan tanpa ada sebarang unsur provokasi dari pihak – pihak yang sengaja memainkan sentimen,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.

Difahamkan, jentera PN sedang mempertimbangkan untuk membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya berhubung kejadiaan tersebut. – MalaysiaGazette