Ahmad Shabery Cheek hutang peneroka felda
Ahmad Shabery Cheek

KUALA LUMPUR – Parti Pas didakwa tidak yakin Perikatan Nasional (PN) boleh membentuk kerajaan pada 15 November ini.

Disebabkan itu, maka Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan kena pancing Barisan Nasional.

Ini kerana, dakwa Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, pemimpin-pemimpun utama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berada di hujung tanduk.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dahulunya bergantung kepada undi Cina semasa dalam Pakatan Harapan (PH) mungkin kalah di Pagoh.

Ini kerana pengundi Cina akan tetap dengan PH atau Barisan Nasional (BN).

Pas yang pernah hilang deposit di Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-14 pula lemah di sana.

Nasib Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di Tambun juga sukar, begitu juga dengan Datuk Dr Radzi Jidin, calon PN di Putrajaya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee di Beluran.

”Insya-Allah, semua pemimpin BN, daripada Presiden, Timbalan Presiden, naib-naib presiden berada di kawasan selamat kerana semua ada pengalaman memimpin kerajaan, dakwa beliau lagi.

Pas pula tak boleh menawarkan tokoh boleh jadi Perdana Menteri kerana bergantung dengan Bersatu.

“Tapi kalau semua mereka dari PPBM tewas dengan siapa nak bergantung?

”Sebab itu sahabat saya Takiyuddin kena pancing BN untuk tumpang jadi kerajaan,” kata Ahmad Shabery.

Beliau mengulas kenyataan Takiyuddin yang dilaporkan berkata, PN akan bergabung dengan BN pasca PRU15 jika pihaknya tidak dapat kerusi cukup untuk membentuk kerajaan.

Bagaimanapun, Takiyuddin dalam kenyataan terbaharunya menafikan beliau membuat kenyataan tersebut sebaliknya mendakwa perkara itu telah dilaporkan di luar konteks. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast