Young Syefura Othman. Foto HAZROL ZAINAL, 13 NOVEMBER 2022.

BENTONG – Pemimpin DAP, Young Syefura membuat dua laporan polis berhubung poster yang didakwa berunsur fitnah terhadapnya di sini hari ini.

Calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Parlimen Bentong yang dikenali panggilan Rara membuat laporan di ibupejabat Polis Daerah Bentong.

Pihaknya mahu pihak berkuasa menangkap dalang yang terlibat dalam pemasangan poster berkenaan selain bagi tujuan keselamatan dirinya.

Bagaimanapun poster berkenaan telah diturunkan dan tidak mahu berkongsi gambar kerana bimbang ia akan tersebar.

“Laporan polis diambil bagi tindakan mencari siapa dalang arah budak-budak pasang banner unsur fitnah kepada saya.

“Ia perlu bagi tujuan keselamatan. Mana tahu semasa kempen buat walkabout ada pihak lakukan sesuatu terhadap saya dan kumpulan saya,” katanya dalam siaran langsung melalui media sosial selepas membuat laporan polis.

Selain itu, Rara juga membuat laporan polis terhadap satu video di media sosial yang didakwa menghasut.

“Tak sangka tahun 2022 ada lagi orang main cara politik tidak matang, fitnah tapi saya tak pasti siapa pihak lawan saya yang terlibat,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast