Kejuruteraan dan Etnosains, Profesor Datuk Dr. Ir. Wan Ramli Wan Daud (dua kanan) bersama Ekonomi dan Kewangan Islan, Profesor Dr. Saadiah Mohamad (tengah) menunjukkan Deklarasi selepas sidang media Deklarasi (G70) Profesor Melayu Seruan Kepada Rakyat Malaysia Sempena PRU-15 di Hotel Armada, Petaling Jaya. Foto MUHD NA’IM, 16 NOVEMBER 2022.

KUALA LUMPUR- Golongan Profesor Melayu (G70) menyeru pengundi menolak calon-calon yang pernah mengkhinati amanah dan mandat yang diberikan rakyat kepada mereka pada pilihan raya terdahulu.

Jurucakap G70, Profesor Datuk Dr. Ir.Wan Ramli Wan Daud berkata, ini kerana calon-calon berkenaan telah menyalahgunakan kedudukan politik mereka sebagai medan memenuhi kepentingan peribadi dan kumpulan tertentu sahaja.

“Rakyat juga diseru menolak calon-calon yang menggunakan fitnah bagi meraih sokongan pengundi dan mengeksploitasi sentimen agama serta kaum.

“Calon atau parti yang melaga-lagakan rakyat berbilang bangsa dan budaya juga patut ditolak,” katanya semasan sidang media Deklarasi Profesor Melayu G70 di sini, hari ini.

Tambah beliau, PRU-15 merupakan satu kaedah perlembagaan yang mesti dimanfaatkan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Ini bagi memastikan negara memiliki sebuah kerajaan yang teguh, beramanah dan bertanggungjawab terhadap masa depan rakyat.

Justeru katanya, PRU kali ini juga merupakan peluang terbaik rakyat Malaysia mengangkat ketua kerajaan yang berwibawa dan dihormati di peringkat nasional dan antarabangsa.

Ia juga medan untuk memilih sebuah kerajaan yang mampu membina sebuah sistem urus tadbir dan tata kelola kerajaan yang cekap, telus dan bebas rasuah.- MalaysiaGazette

 

1 Komen

  1. KHIANAT ADALAH lawan AMANAH….KHIANAT tercetus bila diAMANAHKAN sesuatu telah diMUNGKIRI spt JANJI atau HARAPAN telah diabaikan atau selewengkan.

    Ingin bertanya pada PARA CENDIKIAWAN PROF2 bila Golongan yang HIJRAH dari KEPOMPONG perut2 PERASUAH MUNGKIRI JANI PECAH AMANAH SELEWENG KEPENTINGAN RAKYAT dilabel pengkHIANAT

    MENGHALANG KEMUNGKARAN ITU WAJIB….jika tidak dapat DENGAN TANGAN /KUASA..maka dengan HATI selemah2 IMAN

Comments are closed.