Ahmad Shabery Cheek hutang peneroka felda
Ahmad Shabery Cheek

KUALA LUMPUR – Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kedua-duanya menafikan mereka adalah parti dominan dalam Perikatan Nasional (PN).

Sehubungan itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Shabery Cheek berkata, pergolakan di antara dua parti dalam PN perlu diambil serius oleh para pengundi pada Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU15), Sabtu ini.

Tambahnya, kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Ibrahim Tuan Man yang menafikan Bersatu parti yang dominan dalam PN adalah canggung.

Jelas beliau, gabungan parti yang ditunjangi oleh dua parti yang dominan akan menghasilkan kerajaan yang tidak stabil sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya.

“Tuan Ibrahim juga kata Bersatu tidak dominan.

“Maka, siapakah yang dominan dalam PN?

“Kalau kata sama-sama dominan, saya rasa ini merupakan resepi kepada kerajaan yang tidak stabil kalau PN bentuk kerajaan.

“Penafian demi penafian telah dibuat oleh pemimpin PN tentang pergolakan berlaku dalam gabungan itu dan ia sebenarnya menunjukkan memang ada perbalahan di antara mereka,” katanya dalam sidang media harian di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.

Shabery berkata demikian mengulas kenyataan Tuan Ibrahim menafikan dakwaan PN didominasi Bersatu.

Malah beliau menjelaskan situasi mereka lebih kurang sama dengan Barisan Nasional (BN) yang mana setiap keputusan dibuat secara bersama.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast