Calon Barisan Nasional P.115 Batu, Datuk A.Kohilan Pillay ketika berucap pada Program Ceramah Umum Barisan Nasional di Dewan Persatuan Penduduk Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 17 NOVEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) perlu menang dengan majoriti besar bagi membuktikan parti itu benar-benar diterima pengundi.

Calon BN Parlimen Batu, Datuk A. Kohilan Pillay berkata, ia juga akan menunjukkan bahawa rakyat tidak boleh ditipu lagi.

“Kalau tidak dia akan turun padang lima tahun sekali, berdrama, menangis dan merayu ambil undi rakyat Batu lepas itu tak buat apa-apa,” katanya ketika berucap di Bandar Baru Sentul, di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi BN Batu yang juga Ketua Bahagian UMNO Batu, Datuk Seri Yahaya Abd Ghani serta ketua-ketua bahagian parti komponen BN.

Sementara itu, Kohilan berkata, jentera pilihan raya BN Batu akan melipat gandakan kempen dengan melakukan ceramah berkelompok bagi menarik pengundi.

Katanya, sejak hari pertama kempen, pihaknya sentiasa memberi tumpuan kepada pengundi muda dan respon yang diterima daripada mereka sangat memuaskan.

Tambah beliau, golongan muda mahukan perubahan dan masa depan yang terjamin di bawah BN. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast