Anwar Ibrahim. Foto MOHD ADZLAN, 30 OKTOBER 2022.

PETALING JAYA – Pemimpin Pakatan Harapan (PH) mula berkumpul di sebuah hotel di Subang, dekat sini, bagi mengikuti keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Antara yang telah tiba, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga calon Parlimen Tambun pada pukul 8.45 malam.

Turut kelihatan, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu yang juga calon Parlimen Kota Raja.

Di samping itu, Presiden Parti Ikatan Demokratik (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook juga tiba lebih awal.

Difahamkan setakat jam 4 petang tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan sebanyak 70 peratus daripada lebih 21 juta pengundi yang layak telah keluar mengundi. – MalaysiaGazette