KUALA LUMPUR – Status terbaharu Timbalan Presiden Pas menimbulkan tanda tanya.

Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man malam ini memuatnaik status “Doakan” dengan memberikan emosi menangis sebak.

Emoji itu memaparkan air mata bergenang di bahagian bawah dua mata.

Ia memberikan makna meluahkan pelbagai emosi termasuk sedih, marah dan malu.

Untuk rekod, Tuan Ibrahim bertanding di dua kerusi iaitu Parlimen Kubang Kerian di Kelantan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Cheka di Pahang. – MalaysiaGazette