Anwar Ibrahim.

SEBERANG PERAI – Presiden Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar tidak melengahkan pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Peringatan tersebut dibuat kerana pakatan itu bimbang SPR akan melengah-lengahkan keputusan jika keputusan PRU15 memihak kepadanya.

“Saya harap SPR dapat jalankan tugas dengan baik dalam proses pengundian yang dijalankan hari ini.

“Tapi saya percaya, berdasarkan prestasi SPR setakat ni kita mengharapkan sesuatu lebih telus dan profesional,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti di sini, hari ini.

Pada PRU14, pusat pengundian di seluruh negara ditutup secara rasmi pada jam 5 petang, 9 Mei 2018.

Namun tidak ada pengumuman rasmi dibuat sehingga jam 12 tengah malam. Keadaan itu berlaku kerana SPR dikatakan membuat pengiraan semula undi di kebanyakan kawasan.

PRU14 menyaksikan kejatuhan kerajaan Barisan Nasional selepas 60 tahun memerintah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. nafsu nak jd p em IKUT NAFSU nanti LESU ikut HATI nanti MATI…

    SPR ada tgngjwab BESAR utk memastikan kiraan undi betul telus DAN jika ada Bantahan perlu membuat kiraan Semula….MANA TAU MASIH ADA PENGUNDI HANTU/PETI UNDI DI BAWA LARI atau wujud PETI UNDI TANGAN GHAIB

  2. tak rasa malu ke terlalu yakin ni. kalau aku tak berani nak buat begitu walau pun dah nampak tanda2 kemenangan

Comments are closed.