Calon Pakatan Harapan P.098 Gombak, Datuk Seri Amirudin Shari bercakap pada sidang media mengenai Deklarasi Gombak Bermaruah 5 Tekad Untuk 5 Tahun di Bilik Gerakan Utama PH Cabang Gombak, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 10 NOVEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor mendahului jumlah undi di Parlimen Gombak.

Setakat pukul 8.20 malam, undi calon Pakatan Harapan (PH) itu, Datuk Seri Amirudin Shari mendahului 4, 000 undi berbanding calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Amirudin mendapat 12, 687 undi berbanding 8, 157 kepada Mohamed Azmin.

Calon Barisan Nasional, Datuk Megat Zulkarnain mendapat 5,220 undi setakat ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast