Gambar hiasan

PETALING JAYA- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan pengundi bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak percaya dengan hebahan maklumat mengenai etika pakaian yang menyatakan memakai seluar pendek dan selipar tidak dibenarkan memasuki pusat mengundi.

Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom, berkata pengundi tidak perlu risau kerana isu pakaian yang tular itu adalah berita palsu.

“SPR hanya ada satu peraturan iaitu tidak boleh pakai baju atau topi yang ada simbol parti politik. Itu sahaja peraturan SPR.

“Semua berita lain yang menyatakan seluar pendek tidak boleh pakai, selipar tidak boleh pakai, itu semua palsu.

Kalau was-was, dapatkan penerangan di laman sesawang SPR,” katanya ketika ditemui Bernama selepas mengundi dan melakukan tinjauan perjalanan proses pengundian di Sekolah Kebangsaan 2 Sultan Alam Shah, Seksyen 11, di sini hari ini.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast