KUALA LUMPUR – Apabila Parlimen tergantung ramai yang cuba memujuk Barisan Nasional (BN) – ‘Marilah BN bersama PN bentuk kerajaan demi Melayu’ dan ‘Marilah BN bersama PH bentuk kerajaan Malaysia yang progresif’.
Namun, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memulang paku buah keras terhadap kenyataan-kenyataan itu.
Soalnya, kenapa ajak parti yang dikatakan korup dan penyamun.
Carilah dalam kalangan parti yang benar-benar baik dan tidak ada dosa.
”Mereka kata itu cakap-cakap politik semasa pilihan raya, lupakanlah, lepas ni boleh sama-sama bentuk kerajaan dan sedia tawarkan jawatan yang sesuai.
”Yang penting kami nak bentuk kerajaan. Tanpa BN tak boleh,” ajuk Ahmad Shabery.
Sebaliknya, ujar beliau, BN bukan mengejar jawatan tetapi mahu tahu apakah tindakan mereka terhadap Tan Sri Tommy Thomas, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan Hakim Nazlan.
Ahmad Shabery menegaskan, kedua-dua gabungan parti itu tidak pernah ada pendirian terhadap perkara-perkara ini. – MalaysiaGazette
DAH KALAH BANYAK TEMPAT…BARU KENAL DOOSA DAN PAHALA…..JADI YANG KALAHKAN ADALAH AHLI UMNO SENDIRI????
asraf wajdi berkata jangan kaitkan salahlaku DOSA PEMIMPIN dengan PARTI…lupa ke kerbau membawa lumpur semuanya terpalit…nila setitik ROSAK susu sebelanga
kenyataan KP PEMUDA umno UTK RAIH SOKONGAN…Akhirnya berkuburrr juga
Yg lebih utama jangan ada kerjasama dengan DAP, PKR, Amanah atau PH, parti yang telah sekianlama memburuk2kan memfitnah UMNO, kata2 mereka sangat berbisa… Jangan juga terpesona dengan kata2 manis godfather mereka. Ingat 22 bulan sangat menyiksakan…