Ketua Penerangan Baju Merah, Ariffin Abu Bakar bercakap kepada media di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTCKL), Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 20 NOVEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Gerakan Baju Merah hari ini mahu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar berundur daripada jawatan Presiden UMNO dalam kadar segera.

Ketua Penerangannya, Ariffin Abu Bakar berkata, Ahmad Zahid perlu bertanggungjawab atas kegagalan Barisan Nasional (BN) memperoleh majoriti mudah dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semalam.

“Hari ini keputusan amat mengejutkan amat sedih sekali apabila kita hanya tinggal 30 kerusi Parlimen sahaja,” katanya di lobi ibu pejabat UMNO, di Menara Dato Onn hari ini.

Tambah Ariffin, desakan agar Ahamd Zahid berunsur susulan tindakannya seolah-olah mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

“Nah ambil sekarang apa telah berlaku enggan sikap egonya yang tidak mahu dengan parti-parti lain kononnya No DAP, No Anwar.

“Ini mungkin untuk melepaskan kluster mahkamah presiden sendiri bebas daripada kes-kes beliau. Jalan terbaik agar Ahmad Zahid mencontohi presiden sebelum ini lepaskan jawatan, undur secara terhormat.

“PRU15 jelas menampakkan anak-anak muda dan pengundi 18 tahun menolak terang-terang dan tidak mahu lagi kluster mahkamah dan rasuah,” katanya.

Menurutnya, walaupun akar umbi mahukan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi namun bukan demi kepentingan individu.

“Kita menolak kestabilan politik untuk individu, untuk melepaskan tengkuk sendiri hingga menjahanamkan parti keramat UMNO,” katanya.

Gerakan Baju Merah juga melahirkan rasa kesal dengan tibdakan Ahmad Zahid didakwa cuba ‘membunuh’ panglima-panglima utama UMNO termasuk Tan Sri Annuar Musa dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

“Malangnya apa yang berlaku seolah-olah macam membunuh semua panglima UMNO. Yang paling kami kesal pemimpin masa depan iaitu Khairy Jamaluddin telah diletakkan di sarang dan lubuk PH.

“Kami minta Khairy jangan undur diri, kami di bawah akan bersama dan pastikan selepas ini Zahid Hamidi letak jawatan, undur,” katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan menggerakkan desakan agar Ahmad Zahid berunsur sama seperti mereka menentang gerakan Bersih 2.0 sebelum ini.

“Kami tetap menghormati pemimpin bersih macam Timbalan Presiden dan Ketua-Ketua UMNO Bahagian yang bersih.

“Kami harap Timbalan Presiden juga jangan terlalu lemah, tolong jelaskan dirinya zahirkan kemampuan dan keberaniannya untuk mentadbir UMNO,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. time susah time kalah kluar la lahanat2 ni desak itu ini tp time senang terima kasih pun x…cuba kalo bn menang confirm mengaku diaorg yg kerja keras. sudahlah xyah nak berlakon itu ini la..korg pun bukan siapa² x mewakili keseluruhan ahli umno pun.

Comments are closed.