Zurinah Musa (baju biru) pada sidang media hari ini.

KUALA LUMPUR – Wanita UMNO Wilayah Persekutuan menyifatkan kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 adalah satu penolakan jelas rakyat selepas memberi ‘teguran’ pada PRU14.

Oleh itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selalu Presiden UMNO dan Pengerusi BN perlu melepaskan jawatannya bagi mengambil tanggungjawab penuh atas apa yang berlaku.

Ketuanya, Datuk Seri Zurinah Musa berkata, prestasi teruk BN semalam memberi implikasi kepada UMNO dan komponen itu.

”Bagi saya pemimpin itu sendiri perlu mengambil tanggungjawab jika kita didapati tidak melakukan perkara yang betul,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Cuma beliau tidak pasti, selain presiden, adakah cadangan agar semua Ahli Majlis Tertinggi UMNO diminta berbuat demikian satu perkara yang bagus/

Beliau berkata demikian pada sidang media di di Pejabat Wanita UMNO Wilayah Persekutuan Medan Tuanku, dekat sini.

Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin terdahulu berkata, semua kepimpinan UMNO harus bertanggungjawab ke atas kekalahan parti berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).

Justeru kata Bung, jika wujud desakan untuk Ahmad Zahid untuk meletakkan jawatan, perkara yang sama juga perlu dilakukan oleh Ahli Majlis Tertinggi yang lain.

Bagaimanapun, dalam sidang media sama, Zurainah berkata, Wanita UMNO WP sebulat suara bersetuju agar Zahid melepaskan jawatan serta-merta selepas parti itu ditolak majoriti rakyat.

“Sehubungan dengan itu, Wanita UMNO Wilayah Persekutuan menegaskan Zahid perlu meletakkan jawatan beliau selaku Pengerusi BN dan Presiden UMNO dengan serta-merta,” katanya yang cukup menginsafi kekalahan BN.

Beliau tidak menolak sekiranya BN bergabung dengan mana-mana parti lain selain Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan.

“Nak jadi pembangkang pun boleh tapi kena ada dua blok pembangkang, tidak boleh satu blok pembangkang sahaja kita boleh jadi semak imbang untuk kerajaan minoriti kalaupun kerajaan itu dapat ditubuhkan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. apa kata ko pun letak jawatan sebab ko pun salah sorg yg bertanggungjawab. barulah nampak hebat jgn cakap je pandai.

Comments are closed.