Jentera Perikatan Nasional melakukan flashmob bagi meraih undi pada hari terakhir kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Plaza Tol Temerloh, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 09 NOVEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional mendahului Pilihan Raya Umum ke-15 dengan memenangi 35 kerusi Parlimen setakat 12.30 malam ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah mengumumkan keputusan di 112 kerusi Parlimen di seluruh negara.

Pakatan Harapan pula memenangi 33 kerusi diikuti Gabungan Parti Sarawak (20), Barisan Nasional (16), Gabungan Rakyat Sabah (empat), Warisan (dua) manakala Parti Bangsa Malaysia dan seorang calon Bebas iaitu Riduan Rubin (Tenom) masing-masing satu kerusi.

— BERNAMA