Khairy Sungai Buloh Zahid
Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR- “Apabila kalah dalam peperangan, panglima mesti ada maruah untuk mengambil tanggung jawab,” kata bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam satu hantaran di Twitter hari ini.

Katanya, Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu berundur bagi membolehkan parti itu melakukan reformasi dengan segera.

Ini kerana  bukan sahaja kalah perang tetapi strategi yang diatur “panglima besar” telah menyebabkan ramai soldadu tersungkur,” katanya lagi.

Khairy yang juga calon Barisan Nasional Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak pernah berselindung mahukan Zahid berundur daripada jawatan tersebut.

Malah, persengketaan di antara kedua-duanya ditunjukkan secara terang-terangan melalui pelbagai kenyataan terbuka walaupun parti sedang dalam tempoh kempen PRU.- MalaysiaGazette